The Telekung Projek



Image result for the telekung project


      The Telekung Projek merupakan sebuah badan kebajikan yang melakukan projek menggunakan teknologi media baharu bagi memperolehi dana. Projek ini diasakan oleh Norazila Abdul Aziz, 36 tahun. Badan kebajikan ini bukanlah dari kerajaan tetapi dari NGO lain yang bersatu berganding bahu membangunkan dan menjayakan projek ini.

      The Telekung Projek ini mendapat kepercayaan orang ramai bagi setiap aktiviti pengumpulan dana yang dihasilkan adalah dari bukti tontonan iklan untuk orang ramai. Setiap hasil sumbangan dana yang diberikan akan dikemas kini. Untuk membuktikannya, pihak The Telekung Projek memperlihatkan nombor telafon yang boleh dihubungi oleh orang ramai berserta alamat dan juga nombor akaun sumbangan.


      Bagi menarik minat orang ramai untuk menyumbang dalam The Telekung Projek , mereka telah meletakkan gambar dan sedikit keterangan ke atas bantuan yang pernah diberikan. Dengan adanya bukti gambar hasil dari sumbangan orang ramai diberikan kepada mereka yang memerlukan, orang ramai akan percaya dan lebih tertarik untuk menyumbangkan dana. Selain itu, pihak The Telekung Projek juga akan menetapkan jumlah dana yang diperlukan bagi mencapai target supaya sumbangan yang akan diberikan berjalan dengan lancar. Maklumat yang diberikan juga adalah terperinci serta jelas dan memuskan. Ini akan menambahkan lagi minat orang ramai untuk memberi sumbangan.


      Untuk menjadikan pengurusan The Telekung Projek berjalan dengan lancar bagi setiap dana yang diperolehi, pihak mereka telah melakukan cara yang mudah untuk orang ramai fahami, iaitu dengan menjelaskan setian dana yang diperolehi. Dari sini dapatlah para penyumbang melihat bahawa pengurusan yang dilakukan berjalan dengan baik sekali serta lancar progaram yang akan dilakukan. Kutipan dana akan ditutup dan iklan tidak akan dihantar lagi selepas kutipan yang diperlukan mencukupi. Jika dana yang diperlukan masih belum mencukupi, pihak the telekung projek akan terus mengemas kini jumlah dana yang terbaru.

   
      Akhir sekali, strategi yang digunakan oleh The Telekung Projek dalam memastikan setiap projek yang dilakukan itu berjaya adalah dengan menggunakan infografik secara menarik sebagai bukti jumlah. Di sini , para penyumbang akan lebih berminat untuk memberi sumbangan lagi jika terdapat info yang terbaru. Daripada maklum balas yang telah di berikan oleh penyumbang menunjukkan rancangan yang digunakan berjaya. Antara strategi yang lainnya adalah tidak meletakkan iklan tidak berkaitan supaya orang ramai tidak keliru dengan iklan utama. Tambahan lagi, pemilihan warna yang digunakan juga adalah menarik minat orang ramai untuk melihat. Gambar yang menunjukkan program sebelumnya berjaya juga akan memberi maklum balas serta impak yang baik daripada orang ramai serta program yang akan dilakukan akan mendapat sokongan orang ramai. Inilah strategi yang digunakan oleh The Telekung Projek bagi memastikan projek yang akan dilakukan berjaya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ketam Masak Lemak Cili Api

Ayam sambal ala kenduri