RESEPI ROTI

PUDING ROTI

Masa Penyediaan: 10 minit | Masa Memasak: 50 minit | Hidangan: 6 orang

Bahan-Bahan:
  • 6 keping roti sandwich (Dipotong 2)
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gulan kastor
  • 1 sudu makan mentega
  • 1/4 sudu teh garam
  • 3 biji telur (Dipukul)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit kismis
Cara Membuat:
  1. Panaskan susu sehingga mendidih. Masukkan roti dan kacau rata sehingga terendam.
  2. Masukkan mentega, garam, dan gula. Kacau rata.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Masukkan kismis. Kacau perlahan-lahan.
  4. Tuang ke dalam loyang yang dilengserkan / disapu dengan sedikit mentega.
  5. Bakar pada suhu 180'C selama 45 minit hingga 1 jam.
  6. Sedia di hidangkan.

*TIPS & CADANGAN
Masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis sekiranya suka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ketam Masak Lemak Cili Api

The Telekung Projek

Ayam sambal ala kenduri