Asam Pedas Ikan Merah

Asam Pedas Ikan Merah



















Bahan kisar
1 biji bawang besar Holland - saiz besar
3 ulas bawang putih
4 hirisan lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup


Bahan-bahan:
2 batang serai - ketuk
1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan 1 mangkuk air
1 kuntum bunga kantan - belah 2
7-8 sudu besar cili kisar - lebih kurang 1/2 mangkuk
1-2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa secukupnya
Garam - secukup rasa
Air
Minyak masak- untuk menumis

Sayuran:
Bendi
Buah tomato - belah 4

Cara cara:
1.  Panaskan minyak , tumis bahan kisar bersama serai sehingga garing dan naik minyak.
2.  Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak garing dan naik minyak.
3.  Masukkan air asam jawa dan masak sehingga pecah minyak lagi sekali. Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai dan biarkan mendidih, masukkan ikan dan bunga kantan.
4. Kemudian masukkan sayuran seperti bendi, tomato atau apa sahaja yang disukai.
5. Kecilkan api dan biar ianya merenih lama sehingga sayur separuh lembut. Sayuran akan terus menjadi lembut ketika kuah disejukkan.
6. Masukkan garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya. Sedia dihidang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ketam Masak Lemak Cili Api

The Telekung Projek

Ayam sambal ala kenduri