Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Ketam Masak Lemak Cili Api

Imej
Ketam Masak Lemak Cili Api  (mudah dan ringkas) Bahan-Bahan: 2 ekor ketam segar 1 batang serai, diketuk 1/2 kotak santan kara 1 keping asam gelugor garam secukup rasa Bahan untuk kisar halus: 10  biji cili api 2 biji cili merah (cili hidup) 1/2 biji bawang besar 1 inci kunyit hidup 3 biji bawang merah Cara Penyediaan: Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.(Hati-hati supaya santan tidak pecah minyak) Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga mendidih. Sedia di hidang, terima kasih.

Ubuntu

Imej
Ubuntu Ubuntu Ubuntu ialah sistem pengendalian yang berasaskan edaran Linux Debian, namanya diambil sempena ideologi etika Afrika Selatan iaitu Ubuntu ("kemanusiaan untuk semua") dan diedarkan sebagai perisian sumber terbuka percuma. Ubuntu menyediakan sistem pengendalian yang sentiasa dikemas kini dan stabil untuk pengguna biasa, dengan tumpuan khusus kepada kebolehgunaan dan kesenangan pemasangan. Ubuntu dibina khas untuk digunakan secara utama pada Komputer peribadi walaupun terdapat juga versi Pelayan. Ubuntu terdiri daripada berbilang pakej perisian yang kebanyakan besarnya diedarkan dengan lesen perisian bebas (atau sumber terbuka). Lesen utama yang digunakan ialah Lesen Awam Am GNU (GNU General Public License), bersama dengan Lesen Awam Am Kecil GNU (GNU Lesser General Public License), yang nyata mengisytiharkan bahawa para pengguna bebas menjalankan, menyalin, mengedar, mengkaji, mengubah, membangunkan dan menambah baik perisiannya. Ubuntu ditaja oleh sy

Lala Kam Heong

Imej
Lala Kam Heong Bahan-bahan : - 1/2 kg Lala - 1 sudu besar udang kering ( cincang ) - 1 sudu kecil bawang putih ( cincang ) - 1 sudu kecil bawang merah ( cincang ) - 6 tangkai cili kering ( potong halus ) - Beberapa tangkai daun kari - 1 sudu besar rempah kari ikan - jadikan pes - 1 biji bawang besar ( potong besar ) - 1 sudu besar kicap Cara-cara : 1. Panaskan minyak 2. Masukkan udang kering, bawang kecil dan bawang putih. Goreng sampai naik wangi. 3. Kemudian masukkan daun kari dan cili kering. 4. Masukkan pes kari ikan tadi. Goreng sampai wangi. 5. Letakkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut kehendak anda. 6. Masukkan lala dan bawang besar tadi. 7. Goreng sehingga anda rasa lala masak. 8. Masukkan kicap dan gaulkan sekali lagi.       

Ayam sambal ala kenduri

Imej
Ayam Sambal ala-ala Kenduri BAHAN-BAHAN 1 ekor ayam ( potong kecil dan basuh, goreng bersama garam dan kunyit dan tidak terlalu garing) 3 biji bawang besar* 4 ulas bawang putih* 1 1/2 inci halia* (blend semua bahan bertanda *) 4 senduk cili kisar 5 sudu sos cili 2 biji tomato kacang hijau (100 gram) 2 batang serai diketuk 1 kulit kayu manis 3 bunga lawang 5 buah pelaga Garam dan gula secukupnya Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau Masukkan serai, tumis seketika Masukkan bahan blend, tumis sehingga garing Masukkan cili kisar, tumis sehingga garing Masukkan gula, sos cili dan tomato, kacang hijau biar seketika Perasakan secukupnya dengan garam

RESEPI ROTI

Imej
PUDING ROTI Masa Penyediaan: 10 minit | Masa Memasak: 50 minit | Hidangan: 6 orang Bahan-Bahan: 6 keping roti sandwich (Dipotong 2) 2 cawan susu segar 1/2 cawan gulan kastor 1 sudu makan mentega 1/4 sudu teh garam 3 biji telur (Dipukul) 1 sudu teh esen vanilla Sedikit kismis Cara Membuat: Panaskan susu sehingga mendidih. Masukkan roti dan kacau rata sehingga terendam. Masukkan mentega, garam, dan gula. Kacau rata. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Masukkan kismis. Kacau perlahan-lahan. Tuang ke dalam loyang yang dilengserkan / disapu dengan sedikit mentega. Bakar pada suhu 180'C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia di hidangkan. * TIPS & CADANGAN Masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis sekiranya suka.